LADA BANTU PPVI LICC
17 Julai 2021|Komuniti, Terkini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Kelab Sukan dan Kebajikan LADA, anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutunya telah menjalin kerjasama dengan Kelab Rekreasi dan Iktisad Hospital Langkawi (KRIS) bagi menyalurkan sumbangan CSR untuk kegunaan Pusat Pemberian Vaksin Integrasi (PPVI) di Langkawi International Convention Centre (LICC).
Penyampaian sumbangan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tn. Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA. Sesi tersebut dihadiri oleh YBrs. Dr. Othman bin Warijo, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Tn. Hj. Saiful Anwar bin Azmi, Pegawai Daerah Langkawi, Dr. Mansor bin Ismail, Pengarah Kesihatan Daerah Langkawi dan Tn. Hj. Mohd. Nasir bin Mat Ishak, Pengerusi KRIS.
“Jumlah sumbangan daripada LADA tidaklah seberapa, hanya 26 buah kerusi roda secara keseluruhannya. Kita berharap, sumbangan ini dapat membantu PPVI LICC beroperasi dengan efektif dan efisien sempena pembukaannya pada hari ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif LADA.
Semoga sumbangan yang disampaikan dapat membantu melicinkan proses vaksinasi, seiring dengan matlamat imuniti kelompok yang disasarkan bagi seluruh penduduk Langkawi. Seterusnya, pembukaan semula Pulau Langkawi sebagaimana yang dirancang dan sedang diusahakan akan dapat direalisasikan tidak lama lagi.
#KitaJagaLangkawi
#PatuhiSOP
#KitaMestiMenang
#LangkawiSelamat
#HerdImmunity
#LangkawiCOVID-19FreeDestination
#PulauImuniti