Seramai 50 orang pemandu bas pelancong dan 50 orang pemandu pelancong menerima bantuan Kotak Infaq Rezeki. Sumbangan ini diterima oleh wakil kedua-dua persatuan di Kompleks LADA dan akan diagihkan kepada golongan yang terkesan dari segi sumber pendapatan. Sumbangan ini telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA kepada wakil Persatuan Bas Persiaran Langkawi dan Persatuan Pemandu Pelancong Langkawi.
Sumbangan kotak Infaq Rezeki berupa makanan asas dapur ini adalah hasil sumbangan orang ramai melalui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
LADA mengambil peluang berganding bahu bersama pihak berkenaan bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada pihak yang memerlukan.
Teruskan perjuangan mendepani penularan wabak COVID-19.
#DemiLangkawi
#PPIM
#MAIWP
#PERKESO
#OrangRamai
#CSRLADA
#KitaJagaKita
#KomunitiSejahtera
#PatuhiSOP