Pada 26 Ogos 2024 telah berlangsungnya Mesyuarat Sekretariat Infrastruktur dan Kebersihan LIMA 2025 kali pertama yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LADA, YBhg Dato Haslina bt Abdul Hamid dan telah dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan,swasta serta pemain industri yang akan terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Selain membincangkan persediaan akan datang, mesyuarat turut diberi penerangan khas berkaitan cadangan penganjuran LIMA 2025 oleh syarikat penganjur Global Events and Conference Sdn Bhd (GECSB).