Langkawi, 20 November 2023 (Isnin) – LADA telah menerima lawatan penanda aras daripada pihak Pendaftar Universiti Malaya yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Yong Zulina binti Zubairi, Pendaftar Universiti Malaya.

Sesi perkongsian berkenaan fungsi jabatan dan pengurusan sumber manusia telah disampaikan oleh Puan Norzulaily binti Ahmad Kamal, Pengurus, Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan, LADA.

Pihak Universiti Malaya dalam lawatan kerja selama 4 hari di Langkawi dan disertai oleh 21 orang Ahli Jawatankuasa Kolokium Pengurus (Pentadbiran) Universiti Malaya 2023.

LADA merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini.

#lada
#langkawi
#lembagapembangunanlangkawi
#malaysia
#malaysiamadani
#langkawibestwey
#LangkawiUNESCOGlobalGeopark
#LUGGp
#NaturallyLangkawi