Diiktiraf sebagai ‘Peneraju Lembaga Kerajaan Pelancongan Tahun Ini’
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah merangkul satu lagi anugerah dalam Asian Tourism and Hospitality (ATH) Awards 2022-23 apabila telah dinobatkan sebagai ‘Leading Government Tourism Board of the Year’ (Peneraju Lembaga Kerajaan Pelancongan Tahun Ini) yang telah berlangsung di Le Méridien, Kuala Lumpur pada 17 Mac 2023 anjuran TIN Media bersama Asia Hospitality Human Resource Association (Persatuan Sumber Manusia Hospitaliti Asia).
Anugerah ini telah diberikan kepada LADA atas usaha LADA sebagai agensi utama yang menyelia pembangunan dan kemajuan Langkawi dalam menjadikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia yang terkenal. Acara itu turut menyaksikan kehadiran pelbagai agensi pelancongan dan perhotelan dari seluruh Asia.
Edisi pertama Asian Tourism and Hospitality Awards ini merupakan acara yang tidak dapat dilupakan dalam meraikan semangat ketahanan dan kecemerlangan, di samping mengiktiraf inovasi perniagaan dan penyumbang luar biasa kepada industri. Diharapkan anugerah ini akan membantu untuk mengangkat LADA dan sekaligus membentuk masa depan industri dengan kepimpinan yang kukuh.