24 Ogos 2024 (Sabtu) – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah diwakili oleh Encik Mohamad Firdaus Helmi Bin Fazil, Unit Khidmat Korporat telah merasmikan Majlis Penutup dan penyampaian hadiah Liga Bola Sepak Piala Mahsuri 2024.

Liga ini telah dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Helang FC dengan Kerjasama LADA, Kbs Langkawi dan Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi.

LADA sentiasa menyokong inisiatif seperti ini yang bukan sahaja meningkatkan keterlibatan masyarakat dalam aktiviti sukan, tetapi juga memperkukuh imej Langkawi sebagai destinasi yang aktif dan dinamik. Semoga kejayaan Liga Bolasepak Piala Mahsuri 2024 ini menjadi pencetus kepada lebih banyak lagi acara sukan yang dapat dilaksanakan pada masa hadapan.