LADA sekali lagi telah memperkasa agenda untuk mempromosikan Langkawi Geopark di peringkat antarabangsa menerusi platform Pameran Gebyar Melayu Pesisir bersempena dengan acara 29th Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) Growth Triangle Ministerial.

Pameran ini telah diadakan bermula 26-29 September 2023 bertempat di Batam Marriot Harbour Bay, Kepulauan Riau.

Lebih daripada 500 peserta telah hadir untuk mesyuarat dan pameran termasuk 11 pempamer dari Malaysia mewakili 10 negeri.

Selain LUGGp, delegasi negeri Kedah turut diketuai oleh YB Dr. Haim Hilman. Turut serta wakil daripada agensi lain seperti BPEN,NCIA & MPSPK.

Kemuncak acara ini telah disempurnakan oleh Menteri Ekonomi Malaysia, YB Rafizi Ramli. Beliau turut berkesempatan melawat booth negeri Kedah serta diberi penerangan ringkas mengenai Langkawi Geopark.

Program tahunan antara 3 negara ini juga bakal menyaksikan Malaysia menerusi negeri Johor sebagai tuan rumah bagi sidang ke-30 tahun hadapan.

#LangkawiUNESCOGlobalGeopark
#langkawibestwey!
#naturallylangkawi