LADA telah menyertai program promosi EVENTXPO 2024 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre dari 19 hingga 21 Ogos 2024.

EVENTXPO 2024 merupakan acara pameran yang memfokuskan kepada industri MICE dan acara perniagaan yang dianjurkan oleh Malaysian Association of Convention & Exhibition Organisers & Suppliers (MACEOS) dengan kerjasama kerjasama Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) bagi Malaysia Business Events Week (MBEW).

Acara ini telah dihadiri oleh pemain industri sektor MICE dan acara perniagaan dengan penyertaan kira-kira 300 delegasi persidangan, 60 pempamer dalam dan luar negara, 50 pembeli yang dihoskan oleh MyCEB, penggiat industri acara dan pelabur dengan jumlah penyertaan keseluruhan kira-kira 3,000 orang pengunjung.

LADA telah mempromosikan insentif MICE dan acara bagi menarik minat penganjur untuk membawa masuk kumpulan MICE dan acara perniagaan yang berkualiti. LADA turut mempromosikan fasiliti MICE di hotel dan resort di Langkawi, Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC).

Acara yang berlangsung selama tiga (3) hari ini turut menampilkan program bengkel interaktif, ‘pocket talk’ oleh pakar industri dan pameran kerjaya untuk pelajar-pelajar dan profesional dalam meneroka peluang pekerjaan dalam industri ini.

LADA berpeluang menjalinkan networking dan kerjasama bersama para penggiat industri MICE dan acara dalam usaha menarik lebih banyak penganjuran acara-acara korporat, persidangan, kumpulan insentif dan pameran di Langkawi.