Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) meneruskan inisiatif menyantuni pemain industri pelancongan Langkawi yang terkesan dari segi sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Siri ke-3 Program Bakul Prihatin CSR LADA diteruskan dengan sesi sumbangan kepada pemandu bot pelancong yang beroperasi di Jeti Kilim dan Jeti Teluk Baru. LADA merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) dan Koperasi Komuniti Kampung Kilim atas penyelarasan sesi sumbangan tersebut. Sesi penyerahan sumbangan dilaksanakan dengan pematuhan kepada SOP yang ditetapkan dan kebenaran pihak berkuasa.

Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat membantu meringankan beban pemain industri untuk terus sabar dan tabah mendepani cabaran ini.

Gunung Raya sama didaki,
Selat Kuah sama direnang.
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja susah menjadi senang.

#KitaJagaLangkawi
#Komunitisejahtera
#Normabaharu
#PatuhiSOP
#KitaMestiMenang
#DemiLangkawi
#CSRLADA