LADA meneruskan inisiatif menyantuni pemain industri pelancongan Langkawi yang terkesan dari segi sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19 melalui Bakul Prihatin CSR.
Siri keempat Program Bakul Prihatin CSR LADA ini diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada 100 orang pemandu bot pelancong yang beroperasi di Jeti Tanjung Rhu.
LADA merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada myKomuniti Perikanan (myKP) Tanjung Rhu dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di atas penyelarasan sesi sumbangan tersebut.
Sesi penyerahan sumbangan dilaksanakan secara pandu lalu dengan pematuhan kepada SOP yang ditetapkan dan kebenaran pihak berkuasa.
Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu para pemain industri pelancongan untuk terus bersabar dan cekal dalam mendepani cabaran ini.