Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penilaian Outcome (JKPO) ICU JPM Bil.2/2022, Kementerian Kewangan (MOF) yang telah bersidang pada 27 Februari 2023, Langkawi telah terpilih untuk mewakili MOF melalui Pembangunan Projek Di Pulau Langkawi atau Blueprint Pelancongan Langkawi (BPL).

Sebanyak 86 program dan projek telah dilaksanakan melalui 13 inisiatif di bawah 3 kluster utama iaitu Produk, Infrastruktur dan Pemboleh daya. BPL telah memberikan impak positif kepada penduduk dan pelancong Langkawi.

Menjadi satu harapan besar kepada LADA sekiranya legasi BPL dapat diteruskan demi pembangunan Langkawi.