Langkawi, 3 September 2024 – Seramai 26 orang pegawai dan kakitangan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan Lawatan Berpandu Berkumpulan sempena Karnival Kompleks Kraf pada 01-02 September 2024 bertempat di Kompleks Kraf Langkawi.

Program ini bertujuan bagi memberi perkongsian pengetahuan berkaitan seni budaya dan kreativiti kraf. Terdapat pelbagai aktiviti menarik sepanjang program ini berlangsung seperti aktiviti jualan produk kraf, demonstrasi kraf, aktiviti interaktif kraf, demonstrasi kuih tradisional dan jualan makanan.

#tambahilmu #lada&usahawanlangkawi #kraftanganlangkawi #LADAlangkawi