Langkawi, 6 Julai 2023 – LADA telah menerima kunjungan 221 orang peserta Program Kajian Keselamatan (KAJIMATAN) yang terdiri daripada pegawai-pegawai tentera Darat, Laut, dan Udara, Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT). Seramai 33 orang pegawai tentera negara luar dari 19 buah negara turut menyertai program tersebut.
Antara fokus kajian Program KAJIMATAN adalah peranan agensi-agensi kerajaan di dalam aspek pembangunan dan keselamatan di wilayah utara.
Para peserta telah diberikan taklimat berkenaan “Langkawi Tourism Outlook 2023” oleh En Mohd Tarmizi Mohamad Tajuddin, Penolong Pengurus Kanan, Bahagian Pelancongan, LADA.