Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menerima lawatan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pelek, Selangor pada 16 Februari 2020. Lawatan ini telah disertai oleh seramai 16 orang guru-guru daripada sekolah tersebut yang mana lawatan telah diketuai oleh Pn. Nor Lida Derahman, Penolong Kanan Tingkatan Enam Sekolah Menengah Sungai Pelek, Selangor. Sesi Taklimat Pembangunan dan Pelancongan Langkawi pada kali ini telah disampaikan oleh Cik Nordiana Bt Nordin, Pengurus Unit Khidmat Korporat LADA.