|23/8/2024 | Hari ini Langkawi Geopark Discovery Center telah menerima lawatan dari 34 orang ahli PUSPANITA MOSTI yang diterbangkan jauh hingga ke Langkawi UNESCO Global Geopark.

Para peserta telah dibawa mengembara sekitar 550 juta tahun lampau sehinggalah ke era legenda Pulau Langkawi di zaman Mahsuri.

Semua peserta lawatan telah dibawa mengelilingi GDC dengan perkongsian informasi yang menarik berkenaan Langkawi UNESCO Global Geopark, geopark pertama di Asia Tenggara.

Diharapkan para peserta PUSPANITA MOSTI dapat menjadikan pengalaman sepanjang berada di Pulau Langkawi sebagai kenangan manis untuk dibawa pulang sebagai ole-ole nanti.

#PUSPANITAMOSTI #LangkawiUNESCOGlobalGeopark #Naturallylangkawi #LangkawiGeoparkDiscoveryCentre #KilimKarstGeoforestPark