Langkawi, 23 Mei 2022 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menerima kunjungan daripada delegasi Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM) yang disertai oleh 65 orang wakil jabatan tersebut.
Sesi ini diadakan di Restoran Kerisik, Laman Padi dengan kehadiran beberapa orang pegawai dan kakitangan LADA. Kunjungan JPNM ini disambut baik oleh LADA sebagai tanda membina hubungan kerjasama yang erat bagi menjalankan pelbagai program pada masa hadapan.