Lawatan oleh MAHB, Tourism Malaysia & LADA pada 9 dan 10 Mei 2023 ini melibatkan beberapa kawasan iaitu:

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi bagi melihat dan merancang laluan khas kepada peserta delegasi & VIP semasa ketibaan dan juga pelepasan.
2. Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi dan Cable Car bagi lokasi cadangan Welcoming Dinner Delegasi Routes Asia 2024.
3. Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) bagi venue utama Routes Asia 2024, termasuk kemungkinan lokasi Welcome Reception Dinner.
4. Kumpulan lawatan ini seterusnya ke 101 Paradise Island bagi cadangan lokasi Gala Dinner.