Langkawi, 30 Jun 2023 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bersama ahli-ahli penasihat Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) telah menyambut kedatangan penilai-penilai UNESCO iaitu Profesor Dr. Yuanyuan Zheng (Pengarah, Chinese Geoparks Network) China, dan Dr. Yongmun Jeon, Ahli Geologi dari Jeju UNESCO Global Geopark, Korea di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Turut hadir dalam sesi sambutan ini ialah Tuan Wan Kamarul Faisal Bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan & Pembangunan) LADA, Tuan Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abd Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LADA, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Penasihat LUGGp, Prof Dr. Che Aziz Ali, Pakar Geologi LUGGp, Prof. Dr. Norhayati Ahmad, Pakar Biologi LUGGp, Prof. Dato’ Dr. Norzaini Azman, Pakar Sosiologi LUGGp, Dr. Azmil Munif Mohd Bukhari, Pengurus LUGGp serta pegawai-pegawai LADA daripada Bahagian Pelancongan.

Penilai-penilai tersebut dibawa ke Ritz Carlton Hotel Langkawi bagi sesi taklimat berkaitan misi penilaian semula LUGGp. Wakil-wakil pengurusan Geopark Langkawi telah membentangkan tentatif program sepanjang tempoh penilaian yang telah berlangsung 30 Jun hingga 4 Julai 2023.

Pada sebelah petang, penilai-penilai tersebut dibawa melawat ke The Datai Hotel Langkawi yang mengetengahkan konsep ‘Zero Waste & Sustainable Hotel’. Inisiatif ini dilihat amat signifikan dalam mengurangkan impak terhadap alam sekitar.