Langkawi, 28 OGOS 2024 – YBhg. Dato’ Haslina Bt Abdul Hamid telah turut serta ke lawatan kerja YBrs. En Junady Nawawi – Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU ke tapak projek Integrated Multhi-Trophic Aquacultur (IMTA) : Seaweed& Lobster Scale Up di Pulau Gasing, Langkawi yang dibangunkan oleh pihak USM bersama komuniti Langkawi. Lawatan ini dilaksanakan bagi meninjau pelaksanaan projek yang telah berjaya menghasilkan produk untuk dipasarkan disamping meneroka ruang dan peluang kerjasama untuk memperkasakan lagi projek ini
Semasa lawatan ini, delegasi lawatan telah diberikan taklimat oleh Ketua Projek IMTA YBrs. Tuan Syed Yusof Syed Kecik dan pengurus projek iaitu Encik Muhammad Idzuan Bin Jamaluddin dari USM mengenai projek pengkulturan rumpai laut dan lobster yang sedang giat diusahakan oleh komuniti di Langkawi dan masih banyak perancangan berkaitan projek ini bakal dilaksanakan tidak lama lagi bersama komuniti bagi meningkatkan pendapatan para peserta komuniti.
Selain itu, lawatan ini turut disertai oleh Prof. Dr Azlan Amran TNC BJIM USM, Dr Mohammad Zaini Mohamud Timbalan Pengarah Penjabat Pembangunan Negeri Kedah (ICU), En. Abdul Azim Mahmud Pengghulu Mukim Ayer Hangat dan En Rezuwan Abdullah Penghulu Mukim Padang Mat Sirat.