Pada 10 Disember 2019, Unit Khidmat Korporat LADA telah menerima lawatan daripada Universiti Utara Malaysia. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan taklimat berhubung pembangunan langkawi, pelaksanaan Corporate Social Responsibility (CSR) LADA serta hal ehwal kebajikan yang disediakan kepada kakitangan LADA. Lawatan ini melibatkan seramai 60 pelajar dengan diketuai oleh Puan Sharima Ruwaidda Abbas, Pensyarah merangkap Pengetua Kolej di UUM. Lawatan ini merupakan salah satu komponen yang diketengahkan bagi pembangunan sosial dan pendidikan oleh pihak UUM. LADA telah diwakili oleh Pn. Nordiana Nordin, En Nor Azman Yusuf dari Unit Khidmat Korporat serta Puan Fairus Shahirah Abd. Jelani dari Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan.