Langkawi, 14 Oktober 2021 – Seramai 25 orang pegawai kerajaan dan agensi persekutuan dari negeri Perak iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, Tourism Perak, Sekretariat Pulau Bebas Cukai (PBC) Pangkor, Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Perak serta Pejabat YB EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Lawatan ini juga disertai oleh pegawai dari Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Kedah dan Northern Corridor Implementation Authority (NCIA).
Taklimat mengenai pelaksanaan gelembung pelancongan dan prestasi sektor pelancongan Langkawi telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA.
Semoga lawatan kerja yang dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat. Pihak LADA juga berharap agar sektor pelancongan Pulau Pangkor akan turut berkembang maju selari dengan hasrat Kerajaan Negeri Perak.