Langkawi, 30 Ogos 2023 – LADA telah menerima lawatan kerja daripada delegasi Lenggong Geopark seramai 39 orang yang terdiri daripada 3 agensi dan wakil komuniti dari seluruh negeri Perak.
Objektif lawatan kerja ini adalah bertujuan sebagai platform perkongsian pengetahuan dan idea dalam aspek pengurusan dan pembangunan geopark khususnya dalam keterlibatan komuniti setempat dalam menjayakan agenda geopark.
Semua delegasi telah dibawa melawat ke beberapa geotapak termasuklah di sekitar Kilim Karst Geoforest Park, Machinchang Cambrian Geoforest Park dan Kubang Badak Bio-Geotrail sepanjang program selama 3 hari ini.