Hari ini, satu lawatan kerja ke Ayer Hangat Village oleh YBrs. Tuan KPE LADA, Tn. Hj Nasaruddin bin Abdul Muttalib bersama Pegawai LADA telah diadakan. Lawatan ini bertujuan untuk memantau keadaan aset-aset LADA serta merangka perancangan di masa hadapan khususnya bagi Produk Ayer Hangat Village.
Lawatan ini turut disertai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan), Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) dan wakil Syarikat DXN.
Cadangan penambahbaikan produk akan disusuli supaya AHV kekal relevan sebagai produk pelancongan bertaraf antarabangsa pada masa hadapan.
#penambahbaikanproduk
#AHV
#langkawi