19 Ogos – 21 Ogos 2024 (Isnin – Rabu) – Yang Berhormat Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan (TMK) Malaysia telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Langkawi. YB TMK telah berbesar hati merasmikan kempen promosi dan pemasaran Langkawi melalui media sosial iaitu Snap & Share di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Lawatan diteruskan dengan sesi kunjung rasmi ke pejabat LADA dan sesi taklimat berkaitan LADA dan Langkawi telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haslina Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif LADA serta para pegawai.

Sepanjang lawatan YB TMK ke Langkawi, beliau telah dibawa ke tapak projek pelaburan LADA serta geo-site, produk-produk pelancongan Langkawi yang terbaharu. Semoga dengan kehadiran YB TMK ke Langkawi akan dapat menyemarakkan lagi pembangunan industri pelancongan Langkawi di masa akan datang.

Kementerian Kewangan
Langkawi PORT – Dermaga Tanjung Lembung
Panorama Langkawi Sdn Bhd
Underwater World Langkawi
Naturally Langkawi
Langkawi UNESCO Global Geopark

#lada #langkawi #lembagapembangunanlangkawi #langkawibangkit #kitajagakita #kalaubukankitasiapalagi #malaysia #malaysiamadani