Langkawi, 3 Julai 2023 – LADA telah menerima lawatan kerja dari Sekretariat Sabah Maju Jaya, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Sabah yang ingin mendapatkan perkongsian berkenaan peranan LADA dalam pembangunan sektor pelancongan Langkawi.

Bersempena dengan Misi Penilaian Semula Langkawi UNESCO Global Geopark, delegasi ini telah diberikan penerangan berkenaan keunikan geologi berusia ratusan juta tahun di Langkawi dan penglibatan komuniti setempat dalam menjayakan agenda Geopark.

Sesi taklimat berkenaan fungsi jabatan disampaikan oleh Puan Nordiana Nordin, Pengurus Unit Khidmat Korporat, LADA. Manakala taklimat perkongsian ilmu Pengurusan Geopark Langkawi dikendalikan oleh En. Mohd Shauqi, Penolong Pengurus, UKK LADA.

Lawatan ini diketuai oleh Pengarah Sekretariat Sabah Maju Jaya, JPAN Sabah, Puan Rosnih binti Othman. Turut hadir bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Prestasi Agensi Awam, JPAN Sabah, Dr. Zulasri bin Pitting.