Langkawi, 20 September 2023 – Satu lawatan kerja telah diterima oleh LADA daripada delegasi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah. Lawatan ini telah disertai oleh seramai 18 orang delegasi dan diketuai oleh Timbalan Pengerusi iaitu Tuan Peter Lintar.

Lawatan ini berlangsung selama 3 hari mulai 18 September 2023 hingga 20 September 2023.

Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan jalinan di antara Kinabalu UNESCO Global Geopark dan Langkawi UNESCO Global Geopark ke arah yang lebih unggul. Selain itu, bagi memberikan gambaran serta pengalaman yang lebih tepat berhubung Langkawi UNESCO Global Geopark, semua delegasi telah dibawa melawat ke beberapa geotapak termasuklah di sekitar kawasan Kilim Karst Geoforest Park, Machinchang Cambrian Geoforest Park, Geopark Discovery Center dan juga Kota Mahsuri.

Taman-Taman Sabah
#LangkawiUNESCOGlobalGeopark
#langkawibestwey!
#naturallylangkawi