Langkawi, 23 Julai 2023 – LADA telah menerima lawatan dari Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) yang ingin mendapatkan perkongsian berkenaan fungsi jabatan dan pengurusan kelab kakitangan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).
Sesi perkongsian berkenaan peranan jabatan dan pengurusan kelab telah disampaikan oleh Encik Asraf bin Ahmad, Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan LADA (KSKL). Turut hadir bersama Encik Mohd Syafiq bin Md Lani, Setiausaha KSKL dan exco-exco KSKL.
Lawatan ini diketuai oleh Encik Mohd Norsyafiq bin Muhamad Nazri, Pengurus Teknikal PKENPs.