Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menerima lawatan daripada delegasi HCC Indian AWC yang diketuai oleh Lieutenant General Devendra Pratap Pandey, Commandant Army War College pada 17 Mac 2023. Turut hadir bersama adalah Colonel Sanjeev Vijaykumar Sarma, Penasihat Pertahanan Kedutaan India di Kuala Lumpur.

Pada hari sebelumnya, ketibaan delegasi lawatan seramai 42 orang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi disambut oleh pegawai-pegawai Markas Wilayah Laut 3, Tentera Laut Diraja Malaysia dan turut disertai oleh En. Mohammad Shauqi bin Md Rezali, Penolong Pengurus, Unit Khidmat Korporat LADA.

Delegasi ini dibawa melihat produk-produk pelancongan menarik sekitar Kompleks Kraf Langkawi, Tanjung Rhu, dan Langkawi SkyCab. Taklimat berkenaan Geopark dan Pelancongan Langkawi disampaikan oleh En. Muzaffar Zoher, Penolong Eksekutif Bahagian Pelancongan, LADA.