Langkawi, 30 Mac 2022 – Akademi Koreksional Malaysia kini sedang mengadakan Kursus Ketua-Ketua Institusi di Langkawi dari 27 Mac hingga 1 April 2022.

Bagi melengkapkan modul kursus, satu lawatan penanda aras telah diadakan ke Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan penglibatan peserta-peserta kursus tersebut. Unit Khidmat Korporat (UKK) telah mengambil peluang untuk berkongsi maklumat dan pengalaman mengenai peranan dan fungsi LADA dalam pembangunan pelancongan Langkawi.

Semoga informasi yang disampaikan oleh LADA dapat memberi manfaat kepada semua peserta kursus ini.