Langkawi, 26 Disember 2021 – Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah melaksanakan satu lawatan penanda aras ke Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Delegasi lawatan ini telah diketuai oleh YBrs. TPr. Noraini binti Roslan, Datuk Bandar Subang Jaya dan disertai oleh 12 orang wakil pengurusan serta kakitangan MBSJ. Lawatan ini bertujuan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan amalan pengurusan terbaik yang dilaksanakan oleh LADA selaku agensi penyelaras pembangunan Langkawi dalam menjadikannya salah satu tempat pelancongan terbaik di Malaysia. Perbincangan antara kedua-dua pihak juga dapat menyumbangkan idea kepada delegasi MBSJ untuk merancang pembangunan produk pelancongan baru di kawasan Bandaraya Subang Jaya.
Semoga hubungan antara LADA dan MBSJ yang terjalin melalui sesi lawatan ini akan terus berkekalan agar pelbagai idea dapat dikongsi bersama untuk kemajuan sektor pelancongan Malaysia.