Langkawi, 3 Mac 2022 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menerima lawatan penanda aras daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Kuala Lumpur. Lawatan ini diketuai oleh Dr. Faridah Yakob, Pengarah IPGKIK bersama 25 orang delegasi. Menerusi sesi ini, LADA telah berkongsi maklumat berkaitan Langkawi serta pengurusan strategik dalam tadbir urus jabatan.

Sesi perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh Puan Nordiana binti Nordin, Pengurus Unit Khidmat Korporat (UKK) bersama Encik Mohamad Faiz bin Jalaludin, Penolong Pengurus Unit Pemantauan dan Pelaksanaan (DMO).