3 Ogos 2023 – LADA telah menerima lawatan penanda aras dari peserta Kursus Emerging Management Development Program(EMDP), Jabatan Perkhidmatan Awam.

Sesi taklimat berkenaan fungsi jabatan telah disampaikan oleh Pn. Nordiana binti Nordin, Pengurus Unit Khidmat Korporat. Manakala, taklimat berkenaan pembangunan pelancongan Langkawi disampaikan oleh En. Shajiddeen bin Shaari, Penolong Pengurus Bahagian Pelancongan.
Turut hadir bersama sesi lawatan ini, Tn. Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan)