Pada 10 September 2020, LADA dan Panorama Langkawi Sdn. Bhd. telah mengadakan lawatan penanda aras ke TKPM, Bukit Perak, Pendang bagi meninjau dan berkongsi pengalaman bersama Pejabat Pertanian Daerah Pendang berkaitan projek tanaman sayuran dan buah-buahan yang diusahakan.

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kerjasama antara LADA dan Jabatan Pertanian dalam usaha menggerakkan pelaksanaan projek tanaman yang direncanakan di bawah Pelan Hala Tuju Ekonomi Langkawi (HELANG) melalui strategi Projek Ekonomi Baru.

Lawatan ini telah diketuai oleh Tuan Haji Rohaizat Rashid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Sektor Pengurusan LADA dan beberapa pegawai kanan dari LADA dan PLSB.

#StrategiMembukaPeluangEkonomiBaru
#HELANG
#KitaJagaLangkawi