15 Jan 2023 – LADA telah menerima satu lawatan penanda aras daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK Pahang).

Delegasi ini telah diketuai oleh En. Norden Zakaria, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan dan turut serta bersama 11 orang pegawai dan kakitangan lain.

Sesi perkongsian akan kejayaan pengurusan strategik organisasi dan taklimat korporat LADA telah disampaikan oleh pasukan daripada Unit Khidmat Korporat iaitu Pn. Nordiana Nordin dan En. Mohd Shauqi. Turut hadir En. Rohaizad Abdul Razak dari Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan.