17 dan 18 November 2023 (Jumaat & Sabtu) – Telah berlangsung lawatan pemantau projek LADA dan produk pelancongan Langkawi yang dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Zunika binti Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Ekonomi merangkap Ahli Lembaga Pengarah LADA. Lawatan ini turut disertai oleh YBrs. Tuan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA, wakil syarikat dan pegawai-pegawai kanan LADA.
Lawatan ini bertujuan bagi melihat status pelaksanaan projek pembangunan dan pelaburan yang sedang dijalankan. Selain itu, lawatan terhadap produk pelancongan juga turut diadakan bagi memperkenalkan tarikan terbaru di Pulau Langkawi.
YBhg. Datuk juga mengambil kesempatan untuk menyertai sambutan Hari Mahsuri bersama Puspanita Lada, Pantai Taman Legenda, Kuah.