Sebuah Lawatan Turun Padang YBrs. Tuan Haji Zairi bin Mat Ali, Setiausaha Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan (SBDSP) telah diadakan ke Langkawi dari 25 hingga 27 Mei 2023. Tujuan lawatan ini adalah bagi memantau projek-projek pembangunan di bawah Lembaga Pembangunan Langkawi dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Antara projek-projek pembangunan yang dilawati seperti Projek Pembinaan Jeti Gua Langsir, Jeti Teluk Mempelam, Jeti Gua Cherita, dan Jambatan Sungai Perangin.

Selain itu, YBrs Tuan Haji Zairi bin Mat Ali juga turut mengadakan lawatan ke Ayer Hangat Village yang merupakan salah satu projek pembangunan baharu di bawah Rolling Plan 4 2024 (RP4 2024), Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).