Bermula 7 hingga 15 Februari 2020 telah berlangsung dengan meriahnya acara Le Tour De Langkawi 2020 (LTDL2020) di sekitar Malaysia di mana para peserta telah mengharungi 10 peringkat yang bermula di Sabah, Sarawak, melalui Pantai Timur dan berakhir di Pulau Lagenda, Pulau Langkawi. Penganjuran acara berprestij dan bertaraf antarabangsa ini telah dianjurkan oleh Human Voyage Sdn. Bhd. dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. LTDL2020 ini telah menerima penyertaan daripada 22 buah pasukan yang bertanding iaitu 6 buah pasukan World Tour, 15 buah pasukan Pro – Continental dan Asia Tour Continental serta sebuah pasukan kebangsaan. Terdapat 8 peringkat perlumbaan di dalam LTDL2020 dan 2 kategori baru diperkenalkan pada tahun ini iaitu Malaysian International Criterium Race dan Malaysian International Classic Race. Di Pulau Langkawi, antara kategori yang telah dipertandingkan dan keputusan adalah seperti berikut :

Peringkat 8/stage 8 yang telah berlangsung pada 14 Februari 2020 :
(1) Johan : Walscheid Maximilian (German)
(2) Naib Johan : Pacioni Luca (Itali)
(3) Ketiga : Jones Taj (Australia)

MMC Malaysian Classic yang telah berlangsung pada 15 Februari 2020
(1) Johan : Le Bon Johan (France)
(2) Naib Johan : Ewart Jesse (Australia)
(3) Ketiga : De Rossi Lucas (France)

Acara LTDL2020 ini adalah bertujuan untuk mempromosikan industri sukan pelancongan dan pembangunan sukan berbasikal negara. Selain daripada itu, liputan akhbar, radio, televisyen, majalah, saluran You Tube, laman web dan media sosial terhadap acara ini yang meluas menjangkau berjuta peminat basikal di seluruh dunia melalui laporan media tempatan serta antarabangsa dan ini secara tidak langsung turut mempromosikan tahun melawat Malaysia 2020. Acara ini turut membantu mempromosikan Langkawi sebagai hub penganjuran sukan eko bertaraf antarabangsa di rantau ini dengan kepelbagaian penganjuran acara seperti The Royal Langkawi International Regatta 2020, Ironman Malaysia Langkawi, FIVB Beach Volley Ball World Tour 2020 dan lain-lain acara seumpamanya.[09:17, 3/4/2020] NurHidayah: