LADA dengan kerjasama Kelab Bell Belia Tamil (KBBT) telah menganjurkan Program Sambutan Perayaan Deepavali Tahun 2022 bertempat di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Raya.

Seramai 700 orang komuniti India yang beragama Hindu dari seluruh Langkawi hadir bagi memeriahkan program dengan pelbagai pengisian antaranya demo masakan tradisi masyarakat India, pertandingan membuat kolam, persembahan kebudayaan dan pertandingan pakaian tradisional. Program dihadiri oleh YBrs. Tuan Ahmad Fuad Bin Che Ani @ Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LADA dan Encik Nagaiah A/L Vellu, Penasihat KBBT. Turut hadir Encik Mohd Norazam Bin Azizan, Pegawai Perpaduan Daerah Langkawi dan DSP Sri Viknesvaran A/L Renganathan, wakil PDRM Langkawi.

Semoga program seperti ini dapat menyemarakkan semangat perpaduan serta memelihara seni dan budaya dalam kalangan masyarakat majmuk khususnya di Pulau Langkawi.

#SambutanPerayaanDeepavali
#LADABersamaKomuniti