Liputan istimewa rancangan bual bicara ini memberi fokus kepada Astaka Malaysia (Malaysia Pavilion) ketika berlangsungnya Minggu Ekopelancongan di Expo 2020 Dubai. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah Dasar Pelancongan Negara Malaysia 2020-2030 serta pelaksanaan pelancongan lestari dan bertanggungjawab di negara ini yang mengambil kira keperluan semua individu termasuklah golongan kurang upaya.