Tarikh : 30 Julai 2023 (Ahad)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Amfiteater, GDC
Kilim

SALUTASI

Bismillahirrahmaanirrahim,

Terima kasih saudara/saudari pengacara majlis dan pembaca doa,

1. Yang Berusaha Ir. Mohd. Fisal bin Ismail
Pengarah
JKR Negeri Kedah

2. Yang Berusaha Tuan Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abd Ghani
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif
Sektor Pengurusan
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

3. Yang Berusaha Ir. Waznah Binti Abdul Aziz
Pengarah
JKR Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur (CKIP)

4. Yang Berusaha Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah
Jurutera Daerah
JKR Daerah Langkawi
Selaku Pegawai Penguasa

5. Yang Berusaha Dato’ Yaacob Bin Omar
Pengarah NRY Enterprise
Selaku Kontraktor Utama

6. Yang Berusaha Haji Sepian Bin Pilus
Pengarah SP Multibina
Selaku Kontraktor Utama

7. Pegawai-pegawai, dan kakitangan LADA dan JKR yang dikasihi sekalian.
KATA ALUAN

1. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya kita dapat bersama-sama pada hari ini dalam Majlis Penyerahan Projek Meroboh Dan Membina Semula Kemudahan Pendaratan Pelancongan Di Teluk Mempelam Dan Projek Membina Dan Menyiapkan Baru Jeti Dan Lain-lain Kerja Berkaitan Di Gua Langsir, Kilim Karst Geoforest Park, Langkawi, Kedah Darul Aman.

2. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Ir. Mohd. Fisal bin Ismail, Pengarah, JKR Negeri Kedah atas undangan ke majlis yang bermakna pada pagi ini.

3. Di kesempatan ini juga, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya tang telah membantu dan menerajui pelaksanaan projek ini. Sesungguhnya projek ini merupakan touch point kepada komuniti setempat terutama kepada Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad yang menguruskan salah satu produk ekopelancongan sebagai mata pencarian utama penduduk Kampung Kilim ini.

LATAR BELAKANG PROJEK

YBhg. Dato’, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

3. Sebagaimana semua sedia maklum, Langkawi telah diiktiraf sebagai Global Gepark yang ke-52 pada tahun 2007 oleh pihak UNESCO. Pengiktirafan ini membuktikan LADA menjadi perintis kepada agenda pemuliharaan warisan bumi yang menitikberatkan pembangunan lestari dan penglibatan komuniti setempat. Agenda ini amatlah bertepatan dengan fungsi dan peranan LADA dalam memacu industri pelancongan di Langkawi. Projek-projek ini merupakan salah satu daripada Perancangan Pembangunan Produk & Tapak Geopark yang melibatkan komuniti nelayan di Pulau Langkawi.

5. Selepas pengiktirafan Langkawi Geopark dan penjenamaan semula ‘Naturally Langkawi’ banyak permintaan terhadap pakej-pakej pelancongan seperti mangrove tour, island hopping, fisherman trail, fishing dan snorkeling. Ini telah mendorong komuniti setempat untuk terlibat secara langsung dengan industri pelancongan. Kilim atau juga dikenali sebagai Kilim Karst Geoferst Park merupakan salah satu dari empat buah kawasan pemuliharaan di Langkawi.

6. Kawasan ini menjadi tarikan utama sebagai sebuah tempat yang menawarkan keunikan hutan paya bakau serta aktiviti sokongan lain seperti eagle watching, penerokaan gua, serta menjamu selera di restoran terapung.

7. Sebagai langkah menyokong penglibatan komuniti ini, LADA telah membina beberapa kemudahan infrastruktur di Teluk Mempelam dan Gua Langsir pada tahun 2006-2007. Kawasan ini telah dinaik taraf pada tahun 2015 dengan kemudahan tapak perkhemahan yang lengkap dengan kemudahan asas tapak perkhemahan, kemudahan air tawar, tandas dan dewan terbuka.

7. Melalui RMK-11 dan RMK-12, LADA telah diperuntukkan oleh Kerajaan Pusat untuk melaksanakan projek meroboh dan membina jeti pelancongan di dua buah lokasi iaitu di Teluk Mempelam dan di Gua Langsir. Projek ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan pendaratan yang selesa dan selamat bagi pelancongan yang ingin berkunjung di dua lokasi ini. Alhamdulillah, projek ini telah berjaya disiapkan pada bulan Mei dan Jun yang lalu.

OUTCOME DAN IMPAK PROJEK

YBhg. Dato’, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

8 . Saya berharap dengan sempurnanya projek ini, objektif serta keberhasilan pelaksanaan projek dapat dicapai sepertimana yang telah dirancang. Antaranya adalah keberhasilan dan impak yang akan ialah:

i. Menguatkan lagi kedudukan Langkawi sebagai destinasi ekopelancongan terutamanya di Kawasan kilim karst geoforest park;

ii. Dapat menarik minat lebih ramai pelancong dari pelbagai segmen seperti pencinta alam, penggemar geologi, fotografi hidupan liar dan sebagainya;

iii. Meningkatkan tahap keselamatan kepada pelancong dan penduduk tempatan; dan

iv. Meningkatkan kualiti hidup masyarakat tempatan terutamanya di terutamanya di Kawasan kilim karst geoforest park dan langkawi amnya.

9. Selain itu, pelaksanaan projek ini dijangka akan dapat meningkatkan lagi aktiviti perdagangan dan pelaburan di kawasan sekitarnya. Dengan terbinanya jeti berserta jambatan penghubung sepanjang 80 meter di Gua Langsir dan 140 meter di Teluk Mempelam ini, aksesibiliti ke tanah-tanah yang berpotensi untuk dibangunkan telah dapat ditingkatkan. Ini turut bakal menyumbang kepada peningkatan sektor pelancongan di Langkawi.

UCAPAN PENGHARGAAN

YBhg. Dato’, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

10. Hari ini kita dapat saksikan satu lagi kejayaan projek infrastruktur oleh kerajaan kepada rakyat. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia khususnya kerana dapat menyiapkan projek ini dengan jayanya.

11. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ini daripada peringkat perancangan, reka bentuk, value management, pengambilan balik tanah, perolehan, pembinaan dan penyerahan projek.

12. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, dengan siapnya projek ini diharapkan agar jeti pendaratan pelancong ini dapat dibuka kepada umum dalam masa terdekat. Semoga projek infrastruktur ini dapat dimanfaatkan oleh rakyat setempat dan juga para pelancong.

13. Sekali lagi, Alhamdulillah, terima kasih yang tidak terhingga dan juga tahniah kepada semua yang terlibat.

Sekian.
Wabillahi Taufik Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
h.