Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Jun 2020 bertempat di Dewan Besar LADA. Bertemakan batik, majlis berlangsung dalam keadaan yang sederhana namun tetap meriah. Ianya disempurnakan selaras dengan saranan Kerajaan agar semua SOP dalam tempoh PKPP ini dipatuhi. Pada tahun ini seramai 28 orang pegawai dan kakitangan LADA telah menerima APC. Majlis diserikan dengan perasmian oleh YBhg. Dr. Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA.

Pematuhan seperti penjarakan sosial serta amalan memakai penutup hidung dan mulut masih diteruskan sepertimana arahan Pihak Pengurusan Tertinggi LADA.

Menyingkap asas pelaksanaan APC untuk pekhidmat awam, ianya dilaksanakan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2012 – Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. APC merupakan penghargaan Kerajaan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah memberi perkhidmatan cemerlang di samping pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai. Merujuk kepada pekeliling tersebut, pegawai yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC adalah semua pegawai perkhidmatan awam sama ada yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak dan telah berkhidmat genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian.

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada barisan urus setia, En Norshuhaidy Shabudin, Pengurus Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan serta ahli jawatankuasa Majlis APC 2019 yang telah berusaha gigih merealisasikan penganjuran majlis ini. Syabas dan terima kasih diucapkan. Semoga prestasi penganjuran APC ini dapat dikekalkan pada masa akan datang secara konsisten.