Majlis Budimu Disanjung, Jasamu Dikenang telah diadakan pada 31 Disember 2019 bertempat di Aras M1, Kompleks LADA. Majlis ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepada empat (4) orang kakitangan LADA yang telah bersara pada tahun 2019. Mereka yang terlibat adalah seperti berikut:

1. En. Ahmad bin Darus, Polis Bantuan.
Beliau telah melapor diri pada 1 Ogos 2008 (lantikan tetap) dan bersara wajib pada 6 Februari 2019.

2. En. Rashid bin Yahya, Polis Bantuan LADA yang mana tarikh 2 November 1996 merupakan tarikh beliau mula bertugas di LADA.
Beliau telah bersara wajib pada 8 Mac 2019.

3. En. Wan Satar bin Wan Jusoh, Pemandu Kenderaan.
Merupakan kakitangan lantikan tetap yang telah melapor diri pada 3 Ogos 2008. Tarikh persaraan adalah pada19 Jun 2019.

4. En. Halim bin Abdul Rani merupakan anggota Polis Bantuan yang telah bersara pada 6 Disember 2019. Tarikh melapor diri adalah pada 1 Ogos 2008.

Majlis diserikan dengan kehadiran YBhg. Dr Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA dan pegawai-pegawai kanan yang lain.

Keraian majlis dimulakan dengan gimik perasmian pemotongan riben di ruang masuk LADA Innovation Hub sebagai tanda simbolik kepada satu inisiatif baru LADA dalam meningkatkan imej korporat ruang Pejabat LADA. Ianya juga sebagai salah satu tindakan ke hadapan untuk menambahbaik pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam di LADA yang mengutamakan persekitaran yang bersih, kemas dan kondusif.

Majlis Budimu Disanjung, Jasamu Dikenang ini telah dikendalikan oleh BSMKP dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Pengurusan Aset, Unit Khidmat Korporat dan seluruh warga LADA secara amnya.

LADA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan semua pesara yang terlibat dari mula hingga akhir perkhidmatan di atas segala jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama LADA. Sesungguhnya sumbangan dari segi tenaga, pengetahuan, nasihat dan tunjuk ajar kepada semua peringkat kakitangan telah banyak membantu kepada kecemerlangan LADA. Malah, menjadi contoh kepada warga LADA yang masih berkhidmat.

LADA mendoakan semoga hari-hari persaraan dapat dimanfaatkan dengan meluangkan masa bersama keluarga tercinta serta menabur jasa kepada agama, bangsa dan negara.