Seramai 90 pelajar seluruh Langkawi telah menyertai acara Kokurikulum Pendidikan Islam Daerah Langkawi anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi dengan kerjasama LADA.
Acara ini mula berlangsung dari Mei hingga Oktober 2022 menggunakan dua kaedah iaitu secara atas talian dan bersemuka. Terdapat 6 kategori dipertandingkan dan dua anak Langkawi telah mengungguli kategori Daie Cilik
terbaik
iaitu :

1. JOHAN LELAKI : Muhammad Aqil bin Azmadi (SK Ulu Melaka)
2. JOHAN PEREMPUAN : Aiesha Safiya binti Amran (SK Ulu Melaka)
Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Nasaruddin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA diiringi YBrs. Tuan Haji Mohd Kamal, Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi pada hari ini.
Semoga program sebegini dapat melahirkan lebih ramai bakat anak Langkawi yang cemerlang dalam bidang Pendidikan Islam.
#CSRLADA
#LADA&KOMUNITI
#PEMBANGUNANMODALINSAN
#ANAKLANGKAWI