Langkawi, 30 November 2021 – Majlis Ikrar Bebas Rasuah LADA Tahun 2021 telah diadakan bertempat di Dewan Besar Kompleks LADA. Majlis ini merupakan satu usaha perkongsian pintar antara LADA bersama pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah.

Lafaz ikrar bebas rasuah LADA telah diketuai oleh YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Haji Shaharom Nizam bin Abd Manap, Pengarah SPRM Negeri Kedah.

Objektif pelaksanaan majlis ini adalah untuk memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh barisan kepimpinan tertinggi dan warga kerja LADA. Ikrar dan janji ini dilakukan secara sukarela atas kapasiti sebagai warga kerja LADA yang komited dalam memastikan tugas dilaksanakan dengan amanah serta menjauhi perlakuan rasuah selama memegang jawatan yang diamanahkan.

Seramai 37 orang pegawai dan kakitangan LADA telah mengangkat lafaz IBR pada tahun ini.

#IBRLADA2021
#integritytoday
#upholdyourintegrity