Langkawi, 25 April 2022 – YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) hari ini telah menyempurnakan penyerahan rumah jual Taman Nilam (Jenis B) kepada lima orang penerima kunci sekitar jam 3.00 petang hari ini. Turut hadir bersama ialah YBrs. Tuan Haji Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abd Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) dan pegawai-pegawai LADA dari Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan, Unit Undang-Undang dan Bahagian Kejuruteraan Teknikal.