Ahad, 19 Januari 2020
LANGKAWI International Convention Center (LICC)
Majlis pelancaran ini menandakan bermulanya era 5G di Malaysia dengan 6 negeri telah dipilih iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Terengganu & Kedah sebagai lokasi bagi 72 kes gunaan 5G di Malaysia. Sebanyak 36 kes gunaan 5G dilaksanakan di Langkawi dalam pelbagai sektor termasuk Pelancongan & keselamatan.
Masih banyak peluang untuk diteroka menggunakan teknokogi 5G ini terutama dalam industri pelancongan dan perniagaan bagi kesejahteraan ekonomi Langkawi.