Program kerjasama LADA bersama Persatuan Perahu Layar Kedah dan Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi telah berjaya mengumpulkan seramai 75 orang pelajar sekolah di Langkawi yang terdiri daripada pelayar sedia ada dan peserta baru yang berumur 7-10 tahun dan 13-15 tahun. Program ini telah berlangsung selama 5 hari mulai 9 – 13 Februari 2023, bertempat di Kompleks Perahu Layar, Dayang Bay, Langkawi.
Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh Puan Nordiana binti Nordin, Pengurus Unit Khidmat Korporat LADA. Turut hadir sama Puan Norsaliza binti Abdul Ghafar, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi, Sektor Pembangunan Murid.
Diharapkan penganjuran klinik ini dapat meniup semangat dan minat para pelajar seterusnya berpeluang melahirkan lebih ramai pelapis di dalam bidang sukan pelayaran pada masa hadapan. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar.
#LADAdanKomuniti
#Langkawisejahtera
#Pembangunanmodalinsankomuniti