LADA telah dijemput bagi memeriahkan Majlis Penutupan Mahsurian Fiesta 2023 pada 27 September 2023. Program tersebut turut disertai oleh Bahagian Geopark LADA dan agensi-agensi kerajaan peringkat persekutuan serta negeri selain pihak swasta.

Program tahunan tersebut diadakan bagi memupuk semangat bersatu padu, melahirkan murid yang berketerampilan, memupuk sikap sidiplin yang tinggi dan menjadikan murid sebagai individu yang sentiasa berinovatif dan kreatif. Manakala program keusahawanan turut diadakan oleh para pelajar.

Puan Lina Azlina Zali, Pengurus Unit Khidmat Korporat LADA telah mewakili LADA dalam Majlis Penutupan Mahsurian Fiesta tersebut. LADA mendoakan agar SMK Mahsuri telah maju jaya dalam melahirkan pelajar yang cemerlang.

#JomLangkawi
#langkawi
#ladalangkawi
#lada
#lembagapembangunanlangkawi
#malaysia
#MalaysiaMadani
#naturallylangkawi
#LangkawiUNESCOGlobalGeopark