Langkawi, 15 April 2022 –. Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan LADA (KSKL) menganjurkan Majlis Ramah Mesra LADA sempena Ramadhan Bersama Anak-anak Yatim dan Tahfiz, Langkawi di Ombak Villa Langkawi. Sumbangan berjumlah RM6,000.00 telah disalurkan ke Pusat Jagaan Rumah Anjung Kasih Anak-anak Yatim dan Miskin, Kampung Wang Tok Rendong dan Sekolah Maahad Tahfiz Al-Quran Dakwatul Hidayah, Kampung Sungai Kedak, Mukim Padang Matsirat.

“Hari ini, Kita merasa gembira kerana dapat menyantuni dan berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Langkawi. LADA berharap sumbangan kecil kepada 10 orang anak yatim, pihak pengurusan penjagaan dan sekolah maahad tahfiz dapat menggembirakan dan meringankan beban penerima serta mengimarahkan bulan mulia ini. Antara aktiviti yang bakal dilaksanakan ialah edaran bubur lambuk, kuliah Ramadhan, solat tarawih dan moreh.” Ulas beliau ketika ditemui hari ini.

Selain itu, penganjuran majlis ini juga bertujuan untuk mengukuhkan ikatan silaturahim di kalangan keluarga LADA, anak-anak yatim, pihak pengurusan pusat jagaan/sekolah tahfiz seterusnya memperlihatkan penghayatan dan kelebihan bulan Ramadhan. Majlis turut diserikan dengan penyerahan duit raya kepada anak-anak kakitangan LADA di bawah kelolaan KSKL.

“Alhamdullilah pelbagai aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah berjaya dijalankan oleh LADA semenjak penubuhannya dan usaha murni ini masih diteruskan sehingga kini. Pada bulan Ramadhan ini, LADA telah menyantuni komuniti dengan membelanjakan sebanyak RM95.000.00 bagi program kebajikan dan keagamaan. Lantaran itu, saya sangat berharap agar usaha murni ini diteruskan dan dimantapkan lagi pada masa akan datang.” Ulas beliau lagi.

-TAMAT-

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)
15 April 2022

____________________________________________________________________________________________________
Untuk maklumat lanjut berhubung kenyataan/siaran media ini sila hubungi Unit
Khidmat Korporat (LADA) di talian 04-9600626.