12 Disember 2023 (Selasa) – Anak syarikat LADA iaitu Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB) telah mengadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun Langkawi SkyCab yang ke-21.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Azmil Munif Mohd. Bukhari, Pengurus Bahagian Pelancongan LADA merangkap Ahli Jemaah Pengarah syarikat PLSB dan ucapan perasmian penutup oleh YB Dato’ Haji Salleh Bin Saidin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah mewakili YAB Menteri Besar Kedah.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu VIP iaitu Tuan Haji Fuad Bin Che Ani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tuan Mohamad Subhi, Pegawai Daerah Langkawi, Ir. Abu Hashim Abdul Rahman, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PLSB, YB Shamsilah Binti Siru, ADUN Ayer Hangat dan YB Muhamad Amri Bin Wahab, ADUN Derga.

Warta Kedah
Panorama Langkawi Sky Cab (Cable Car)
Langkawi SkyCab
Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi